PART 2: MOMENTS AS LAST YEAR DEGREE STUDENT LIFE

Assalammualaikum wbt...


Sekarang corat-coret memori bahagian 2. Corat-coret kali ini Puteri nak cerita banyak perkara yang dilalui sepanjang musim praktikal di sebuah syarikat swasta di Kuala Lumpur. Pertama kali belajar melalui liku-liku kehidupan di sebuah kotaraya yang penuh kesesakan dan cita-cita yang tinggi seperti menara Kuala Lumpur. 

Macam -macam perkara yang baru dapat dipelajari. Berkenalan dengan orang-orang baru, suasana baru, belajar yang berbeza dari universiti dan sebagainya. Sepanjang praktikal di Kuala Lumpur, banyak masa dihabiskan berjalan-jalan mempelajari suasana selok-belok kawasan bandaraya yang besar. Dari tidak tahu nak naik LRT sampailah mampu berjalan bersendirian menaiki kenderaan ini. Dari tak tahu apa itu monorail, KTM, LRT dan pelajari aplikasi yang memerlukan kemudahan kenderaan seperti MyTeksi dan Waze untuk jalan-jalan baru di kawasan Kuala Lumpur sehinggalah mampu untuk mempraktikkanya. Dengan kepelbagaian inilah mengajar erti keberanian mencuba sesuatu yang baru dan erti kesusahan hidup di kotaraya. Sebelum ini kehidupan agak selesa di kawasan yang tidak sesak di Kelantan. Ianya tidaklah sama, dan tersangatlah berbeza, lagi-lagi zaman yang penuh kemaksiatan dan kejahatan. Hanya Allah yang tahu apa yang perlu dilalui sepanjang kehidupan di Kuala Lumpur. Akan rasa diri terancam walau tengok sekeliling ramai orang sekalipun, walaupun sebelum ini berada di Kelantan rasa terancam apatah lagi duduk di kawasan bandaraya yang besar. 

Hanya mampu memberikan pandangan melalui gambar-gambar sepanjang perjalanan di kotaraya Kuala Lumpur. Pelbagai aktiviti kemasyarakatan yang dapat berpengalaman menyertai seperti melawat anak-anak yatim di Madrasah Hashimiah, Selangor, membantu ibu-ibu tunggal di sekitar Bandar Tasik Selatan, membersihkan surau di Tasik Titiwangsa dan menyertai latihan pembelajaran di Johor Bahru dan sebagainya.

Gambar 1 dan 2: Program Sambutan 5 Tahun Syarikat dan Hari Raya Aidilfitri

PART 1: MOMENTS AS LAST YEAR DEGREE STUDENT LIFE

Assalammualaikum wbt..

Sekian lama tidak muncul corat-coret kehidupan sepanjang tahun 2014, pelbagai kenangan suka duka bersama kawan baru dan lama. Tahun 2014, merupakan tahun akhir sebagai pemegang Ijazah Sarjana Muda Kepujian Pengurusan Sistem Maklumat adalah tahun paling sibuk mengendalikan kepelbagaian aktiviti dan projek yang memerlukan kekuatan fizikal dan mental untuk merealisasikan cita-cita itu. 

Petikan kata-kata dari drama Korea: "Untuk berjaya mencapai cita-cita itu mudah, tapi untuk mencapai impian itu bukan mudah."

Banyak Puteri nak cerita sepanjang tahun 2014. Tapi kita pergi satu per satu untuk menceritakan setiap kenangan yang dilalui puteri bagi mengharungi setiap perkara baru yang berlaku setiap hari. Mac 2014 sehingga Julai 2014 adalah semester akhir mengharungi pembelajaran secara teori sebelum mengharungi semester untuk berpraktikal. Saat itu mungkin menjadi saat paling bahagia untuk tinggalkan segala memori pahit yang dilalui sepanjang belajar di bumi Kelantan. Mungkin niat di hati ingin menghilangkan semua memori. Tapi bukanlah mudah yang disangka. Banyak lagi pancaroba yang perlu dilalui dalam dunia pekerjaan. 

Hanya gambar dan wajah mereka mampu menceritakan setiap detik suka dan duka. Sahabat dan pensyarah. Tiada yang lebih indah selain kenangan waktu belajar bersama mereka. Inilah kehidupan akan ada keindahanya disebalik kepahitannya. Walau pahit telanlah ia, biarkan ia mekar sebagai kemanisan kehidupan. 

Bersama sahabat usrah buat kali terakhir berusrah bersama mereka

SEMESTER AKHIR DI UITM MACHANG

Assalammulalaikum wbt..

Baru berkesempatan nak meng'update' kisah terbaru, yang tak berapa nak baru. Tapi inilah moments yang tercipta sepanjang perjalanan semester akhir dan beberapa semester yang lepas. Bergambar bersama sahabat-sahabat serumah, sekelas, sefakulti, sebilik, seuniversiti, para pendidik fakulti IM, jiran Taman Alia. Entry kali ini lebih banyak gambar dari perkataan. Biarlah gambar berbicara. Pelbagai acara dan moments dapat dicoretkan sepanjang berada di UiTM Machang Kelantan. 3 tahun sudah pun berlalu. Dari hangout bersama kawan-kawan di serata negeri Kelantan, Terengganu, Kuala Lumpur, Selangor, Kedah, Perak, Melaka dan banyak lagi, bersama para pendidik melalui events seminar, dinner, lawatan sambil belajar dan sebagainya. Ada juga bersama jiran sebelah rumah yang awesome. 

THE MOMENT KL TRIP SEMESTER 5

Assalammualaikum wbt..
Lawatan ke Kuala Lumpur bagi semester ke 5, banyak membuka dan memberi ruang hati dan mata untuk melihat sejauh mana nilai persahabatan nilai pengetahuan itu diungkapkan. Ada yang manis ada juga yang pahit. 

Lokasi 1: Skali Data Center at CST Company, Cyberjaya

 

Copyright by © 2019 IlaBellaNabilah for NSartdesignstudio