PENGALAMAN MEMATANGKAN ANDA

Assalamualaikum, 

Sekian lama tak menulis, kali ini aku nak cerita mengenai pengalaman paling berharga sepanjang aku hidup. Syarikat yang baru ni tak besar mana, dan staf tak ramai mana. Tapi jawatan yang disandang dan tanggungjawab serta amanah yang dipikul memang besar dan berat untuk digalas. Aku dari dulu lagi memang akan dapat rezeki untuk membantu syarikat yang baru nak naik. Pada awalnya, aku rasa was-was laa juga. Tapi setelah beristikharah dan bermusyawarah bersama ibu dan ayah, alhamdulillah ini jalan rezeki yang Allah lorongkan pada aku. 







Aku juga masih baru nak bertapak dan belajar selok belok soal pengurusan pejabat yang betul-betul kena hadam untuk menguruskan secara bersistematik sebagaimana aku pernah belajar semasa aku jadi pelatih SL1M selama setahun di pejabat Tabung Haji Segamat dengan Haji Yunus. Walaupun, beliau sangatlah pendiam tapi bila pandai ambil hati dan banyak bertanya jadi rapat untuk belajar banyak benda dengan orang lama ni.  Bukan sahaja di TH, selepas tamat sahaja kontrak, menganggur selama 6 bulan.  















Dalam tempoh 6 bulan tu, tempoh paling mencabar. Kononnya nak bina empayar sendiri, tapi ilmu perniagaan memang kosong. Aku memang suka melukis dan merekakan pelbagai jenis rekaan digital. Tapi apakan daya aku bukan pandai sangat nak mulakan perniagaan tanpa modal ni. Jadi, aku hanya buat sebagai pengalaman untuk uruskan pelanggan secara perlahan-lahan. 


https://www.creativeunited.my/u/ilabellanabilah




Dalam waktu yang sama, aku masih mencari kerja kosong yang ada. Puas dah menangis, merintih dan merayu sampai kadang pandangan aku jadi kosong.  

Sampailah dapat satu kerja baru sebagai pereka grafik, waktu itu kerja selama 3 bulan sahaja. Sebab kenapa, sebab waktu itu aku merasakan aku tak mampu berkembang dengan peluang yang ada tu. Jadi buatlah keputusan berhenti dalam tempoh percubaan tu. 

Maka, menganggurlah lagi tapi tak lama kemudian terjumpa ada beberapa booth masa temankan ayah dan ibu shopping di Kipmart Segamat, ada temuduga terbuka.  Dengan tak bawa dokumen pentingnya, main terjah je laa. Nasib baik boleh tinggalkan emel dan No telefon serta isi borang sahaja. Hanya perlu hantarkan resume melalui emel sahaja. Tak sampai beberapa hari dipanggil temuduga dan terus dapat kerja sebagai pengumpul data di Seaco Segamat. Masa menggalas jawatan ini, memang seronok dengan suasana persekitarannya. Rakan sekerja yang peramah, pagi - pagi ada sahaja ucapan "selamat pagi", "good mornig", "assalammualaikum" dan senyuman. Tak kiralah kau orang Melayu ke, cina ke, India ke, ataupun berjumpa dengan pelajar luar negara. Memang seronok! 









Tapi bertahan selama 2 bulan sahaja sebab dah dapat panggilan kerja tetap di syarikat yang terkini. 

Syarikat terkini sebenarnya kali kedua aku pernah datang temuduga, tak sangka pula kali ini dapat tempat yang dahulunya aku pernah jejak untuk timba pengalaman baru. Dulu pernah ditemu duga sebagai pereka grafik tapi mungkin pengalaman yang tak berapa nak ada, sebab waktu itu aku minta, masa aku masih lagi dalam tempoh praktikal. Saja nak cuba nasib, tapi rezeki aku bukan di situ waktu itu. Rezeki aku waktu lepas habis praktikal kena sambung belajar ke peringkat sarjana atas permintaan ibu. Aku turutkan sebab kegembiraan mereka adalah kegembiraan aku juga. Semua terjadi ada kebaikan dan hikmah di sebaliknya. 

Kenangan yang takkan aku lupakan. Dan yang paling menarik adalah kenangan bekerja dengan kanak-kanak. Masa tu buat Part time kerja sambil belajar. Di Tadika Tunas Bestari Gemilang, U10. Memang seronok bila bersama anak-anak kecil. Walaupun waktu itu aku sendiri tidak faham kerenah mereka dan aku banyak belajar dari mereka. 






Jadi, itu sahajalah nak share cerita sepanjang aku menempuh segala onak dan duri dalam kehidupan bagi menimba ilmu dan pengalaman. Semoga dapat menguatkan diri sendiri dan percaya akan diri sendiri. 



0 Comments:

 

Copyright by © 2019 IlaBellaNabilah for NSartdesignstudio