PENGALAMAN MEMATANGKAN ANDA

Assalamualaikum, 

Sekian lama tak menulis, kali ini aku nak cerita mengenai pengalaman paling berharga sepanjang aku hidup. Syarikat yang baru ni tak besar mana, dan staf tak ramai mana. Tapi jawatan yang disandang dan tanggungjawab serta amanah yang dipikul memang besar dan berat untuk digalas. Aku dari dulu lagi memang akan dapat rezeki untuk membantu syarikat yang baru nak naik. Pada awalnya, aku rasa was-was laa juga. Tapi setelah beristikharah dan bermusyawarah bersama ibu dan ayah, alhamdulillah ini jalan rezeki yang Allah lorongkan pada aku. 



PORTFOLIO 8: DESIGN BANNER

I will show you some of my artwork for designing banner for this article.


PORTFOLIO 7: DESIGN BLOGSITE

DESIGN FOR BLOG SITE ONLY


PORTFOLIO 6: DESIGN CUTE DOODLES

PORTFOLIO 6: DESIGN CUTE DOODLES


PORTFOLIO 5: DESIGN ITEMS DOODLE

PORTFOLIO 5: DESIGN CUTE ITEMS DOODLE


PORTFOLIO 4: DESIGN STICKER

PORTFOLIO 4: DESIGN STICKER FOR CLIENTS


PORTFOLIO 3: DOODLE BY FLOWERS

PORTFOLIO 3: DOODLE BY FLOWERS + NATURE


PORTFOLIO 2: DOODLE OF KPOP

PORTFOLIO 2: IDOLS OF KPOP


PORTFOLIO 1: DOODLE BY ARTLINE

PORTFOLIO 1: AWESOME DOODLE



HOW TO ORDER MY SERVICE?

HOW TO ORDER MY SERVICE?



Click on the READ MORE link below to find out more information for your interest in booking my services and design services.


ABOUT ME




TUTORIAL FOR SHORT CUT ADOBE

بِسْـــــــــمِ اَللّهِ الرّحْمن الرّحيم

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ


Hai semua!
Hari ini saya nak kongsikan beberapa 'shortcut' bagi pengguna Adobe CC ya. Bolehlah belajar cara yang lebih pantas nanti bila nak design. Ada Illustrator, Photoshop, In Design dan banyak lagi! Tak kiralah korang pengguna Windows ke atau Mac, kat sini saya share dengan korang kedua-duanya sekali.


PART 4: MOMENTS AS LAST YEAR DEGREE STUDENT LIFE

Assalammualaikum wbt...


Episod akhir moments as last year degree student life. Episod akhir ini merangkul kisah persahabatan dari 8 girlfriend yang tip top diberi gelaran sebagai Geng Alia 008. 3 tahun bersama serumah sebilik sekelas sefakulti seprogram seaktiviti dan se dan sebagainya. Lalui suka dan duka bersama, gurau senda, gaduh dan berkecil hati jadi asam garam kehidupan dalam sebuah persahabatan. Semoga persahatan yang terjalin 3 tahun lebih ini akan lebih mantap sehingga ke syurga Jannah. Insyaallah. Episod akhir ini mengisahkan sepanjang sesi perbentangan Latihan Industri kami selama 5 bulan di syarikat di serata Malaysia. Episod akhir inilah aktiviti kami yang terakhir bersama-sama mungkinnya. Kita tidak tahu bila lagi waktu dan masa yang sesuai bakal kita bersua lagi. Mudah-mudahan jodoh kami berpanjangan untuk bertemu di syurga kelak. Dengan kehadiran gambar-gambar ini banyak sesi suka duka kami bersama. Hangout sebanyak 3 buah pantai area Pantai Timur. Dari awal perjalanan ke Kelantan sehinggalah berakhir perjalanan pulang ke rumah masing-masing.


With Hanis and Sham at Hostel Tun Hussein Onn (THO)

PART 3: MOMENTS AS LAST YEAR DEGREE STUDENT LIFE

Assalammualaikum wbt...


Kali ini akan banyak gambar-gambar hangout bersama kawan-kawan sesama praktikal di syarikat yang sama tapi pelajar dari universiti lain. Walau berbeza universiti, tapi jiwa masih sama untuk bersama-sama belajar perkara baru sepanjang praktikal di bumi Kuala Lumpur. Walau sesusah mana sekalipun liku itu, kami masih bersama. Semoga ianya berkekalan sampai ke akhirnya. Kawan bukan sekadar yang sebaya, tapi kawan juga berbilang usia. Kakak-kakak serumah yang sangat penyayang dan pemurah. Sahabat yang saling membantu dan sesama susah senang. Hanya gambar mampu menceritakan segalanya. 

Hangout with practical's friends at Saba' Restaurant, Dataran Jelatek

PART 2: MOMENTS AS LAST YEAR DEGREE STUDENT LIFE

Assalammualaikum wbt...


Sekarang corat-coret memori bahagian 2. Corat-coret kali ini Puteri nak cerita banyak perkara yang dilalui sepanjang musim praktikal di sebuah syarikat swasta di Kuala Lumpur. Pertama kali belajar melalui liku-liku kehidupan di sebuah kotaraya yang penuh kesesakan dan cita-cita yang tinggi seperti menara Kuala Lumpur. 

Macam -macam perkara yang baru dapat dipelajari. Berkenalan dengan orang-orang baru, suasana baru, belajar yang berbeza dari universiti dan sebagainya. Sepanjang praktikal di Kuala Lumpur, banyak masa dihabiskan berjalan-jalan mempelajari suasana selok-belok kawasan bandaraya yang besar. Dari tidak tahu nak naik LRT sampailah mampu berjalan bersendirian menaiki kenderaan ini. Dari tak tahu apa itu monorail, KTM, LRT dan pelajari aplikasi yang memerlukan kemudahan kenderaan seperti MyTeksi dan Waze untuk jalan-jalan baru di kawasan Kuala Lumpur sehinggalah mampu untuk mempraktikkanya. Dengan kepelbagaian inilah mengajar erti keberanian mencuba sesuatu yang baru dan erti kesusahan hidup di kotaraya. Sebelum ini kehidupan agak selesa di kawasan yang tidak sesak di Kelantan. Ianya tidaklah sama, dan tersangatlah berbeza, lagi-lagi zaman yang penuh kemaksiatan dan kejahatan. Hanya Allah yang tahu apa yang perlu dilalui sepanjang kehidupan di Kuala Lumpur. Akan rasa diri terancam walau tengok sekeliling ramai orang sekalipun, walaupun sebelum ini berada di Kelantan rasa terancam apatah lagi duduk di kawasan bandaraya yang besar. 

Hanya mampu memberikan pandangan melalui gambar-gambar sepanjang perjalanan di kotaraya Kuala Lumpur. Pelbagai aktiviti kemasyarakatan yang dapat berpengalaman menyertai seperti melawat anak-anak yatim di Madrasah Hashimiah, Selangor, membantu ibu-ibu tunggal di sekitar Bandar Tasik Selatan, membersihkan surau di Tasik Titiwangsa dan menyertai latihan pembelajaran di Johor Bahru dan sebagainya.

Gambar 1 dan 2: Program Sambutan 5 Tahun Syarikat dan Hari Raya Aidilfitri

PART 1: MOMENTS AS LAST YEAR DEGREE STUDENT LIFE

Assalammualaikum wbt..

Sekian lama tidak muncul corat-coret kehidupan sepanjang tahun 2014, pelbagai kenangan suka duka bersama kawan baru dan lama. Tahun 2014, merupakan tahun akhir sebagai pemegang Ijazah Sarjana Muda Kepujian Pengurusan Sistem Maklumat adalah tahun paling sibuk mengendalikan kepelbagaian aktiviti dan projek yang memerlukan kekuatan fizikal dan mental untuk merealisasikan cita-cita itu. 

Petikan kata-kata dari drama Korea: "Untuk berjaya mencapai cita-cita itu mudah, tapi untuk mencapai impian itu bukan mudah."

Banyak Puteri nak cerita sepanjang tahun 2014. Tapi kita pergi satu per satu untuk menceritakan setiap kenangan yang dilalui puteri bagi mengharungi setiap perkara baru yang berlaku setiap hari. Mac 2014 sehingga Julai 2014 adalah semester akhir mengharungi pembelajaran secara teori sebelum mengharungi semester untuk berpraktikal. Saat itu mungkin menjadi saat paling bahagia untuk tinggalkan segala memori pahit yang dilalui sepanjang belajar di bumi Kelantan. Mungkin niat di hati ingin menghilangkan semua memori. Tapi bukanlah mudah yang disangka. Banyak lagi pancaroba yang perlu dilalui dalam dunia pekerjaan. 

Hanya gambar dan wajah mereka mampu menceritakan setiap detik suka dan duka. Sahabat dan pensyarah. Tiada yang lebih indah selain kenangan waktu belajar bersama mereka. Inilah kehidupan akan ada keindahanya disebalik kepahitannya. Walau pahit telanlah ia, biarkan ia mekar sebagai kemanisan kehidupan. 

Bersama sahabat usrah buat kali terakhir berusrah bersama mereka

SEMESTER AKHIR DI UITM MACHANG

Assalammulalaikum wbt..

Baru berkesempatan nak meng'update' kisah terbaru, yang tak berapa nak baru. Tapi inilah moments yang tercipta sepanjang perjalanan semester akhir dan beberapa semester yang lepas. Bergambar bersama sahabat-sahabat serumah, sekelas, sefakulti, sebilik, seuniversiti, para pendidik fakulti IM, jiran Taman Alia. Entry kali ini lebih banyak gambar dari perkataan. Biarlah gambar berbicara. Pelbagai acara dan moments dapat dicoretkan sepanjang berada di UiTM Machang Kelantan. 3 tahun sudah pun berlalu. Dari hangout bersama kawan-kawan di serata negeri Kelantan, Terengganu, Kuala Lumpur, Selangor, Kedah, Perak, Melaka dan banyak lagi, bersama para pendidik melalui events seminar, dinner, lawatan sambil belajar dan sebagainya. Ada juga bersama jiran sebelah rumah yang awesome. 

THE MOMENT KL TRIP SEMESTER 5

Assalammualaikum wbt..
Lawatan ke Kuala Lumpur bagi semester ke 5, banyak membuka dan memberi ruang hati dan mata untuk melihat sejauh mana nilai persahabatan nilai pengetahuan itu diungkapkan. Ada yang manis ada juga yang pahit. 

Lokasi 1: Skali Data Center at CST Company, Cyberjaya

SEMINAR ON CYBER THREAT ANJURAN SISMA SESSION 2013

Assalammualaikum wbt...

Team Exco Multimedia & Technical: Shamsiah, Puteri, Hafiz, Syazwan

KENALI DIRI ANDA

KENALI DIRI ANDA MELALUI HARI TARIKH LAHIR
KENALI DIRI ANDA DAN PASANGAN ANDA MELALUI TARIKH HARI LAHIR ANDA:

  1. Kalau anda dilahirkan pada 1,10,19,28 dalam mana-mana bulan, anda adalah NO.1
  2. Kalau anda dilahirkan pada 2,11,20,29 dalam mana-mana bulan, anda adalah NO.2
  3. Kalau anda dilahirkan pada 3,12,21,30 dalam mana-mana bulan, anda adalah NO.3
  4. Kalau anda dilahirkan pada 4,13,22,31 dalam mana-mana bulan, anda adalah NO.4
  5. Kalau anda dilahirkan pada 5,14,23 dalam mana-mana bulan, anda adalah NO.5
  6. Kalau anda dilahirkan pada 6,15,24 dalam mana-mana bulan, anda adalah NO.6
  7. Kalau anda dilahirkan pada 7,16,25 dalam mana-mana bulan, anda adalah NO.7
  8. Kalau anda dilahirkan pada 8,17,26 dalam mana-mana bulan, anda adalah NO.8
  9. Kalau anda dilahirkan pada 9,18,27 dalam mana-mana bulan, anda adalah NO.9

NO.1:
Anda sangat cerdik, jujur, lucu, degil, rajin, terus-terang, cemburu dalam asas pertandingan, baik hati, peramah dan autoriti. Anda ingin mendahului dalam apa jua keadaan. Anda seorang yang berdikari, berkeyakinan, dan tidak pernah berada di bawah pimpinan orang lain. Anda akan bercinta dalam usia yang muda tapi akan berkahwin dalam usia yang matang. Anda tidak suka akan orang yang bertentangan pendapat dengan anda. Malah anda juga menyimpan dendam dengan orang yang bersalah dengan anda. Anda seorang yang kuat berbelanja. Pada masa hadapan anda adalah Profesional dalam kerjaya yang anda ceburi. Namun terdapat juga orang yang kecil hati dengan pencapaian anda. Anda mempunyai keluarga yang bahagia. Pasangan ideal anda adalah NO. 4, 6, 8...

NO.2:
Tak kira apa pun anda akan disukai oleh semua orang kerana anda berperanankan bulan dan semua orang sukakan bulan. Ermm...bagus! Anda suka bermimpi di siang hari. Anda kurang berkeyakinan terhadap diri sendiri. Jadi anda perlu membuat perubahan ke atas hidup anda. Anda adalah seorang yang sukar diramal kerana anda membuat perubahan berdasarkan masa dan keadaan. Anda juga seorang yang mementingkan diri sendiri tetapi anda mempunyai bakat dalam muzikal, seni dan komunikasi lisan. Sikap anda seperti bulan yang datang keredupan dan pudar, jadi semua orang boleh mengetahui perubahan anda. Anda boleh menjadi Mahatma Gandhi yang ke-2 kerana cintakan keamanan. Anda juga seorang yang bertanggungjawab dalam keluarga. Pasangan ideal anda adalah NO. 2, 5, 9...

NO. 3:
Anda adalah seorang yang berhati keras, pentingkan diri sendiri, kuat agama, dan suka untuk mempertingkatkan kehidupan sendiri. Anda mempunyai masalah keluarga dan anda dapat mengharungi dengan kesabaran anda. Anda sangat bijak bercakap, wajah yang cantik, jadi ke mana sahaja anda pergi anda akan dapat apa yang anda inginkan. Daripada lahir, anda perlu bekerja keras untuk berjaya. Anda juga seorang yang menghormati orang yang lebih tua daripada anda. Bukannya senang nak menjalinkan hubungan sama ada dari segi percintaan, kekeluargaan dan persahabatan. Sekiranya anda suka akan sikap seseorang itu, maka hubungan itu akan berpanjangan. Anda suka akan kebebasan, pencipta di mana ada anda akan membawa harapan, kegembiraan dan keceriaan ke dunia ini. Pasangan ideal anda adalah NO. 6, 9...

NO. 4:
Anda adalah seorang yang amat degil dan rajin. Mungkin anda akan menjauhkan orang lain daripada diri anda kerana kata-kata anda. Anda seorang yang bertimbang rasa akan masalah orang lain. Anda berbakat dalam penyelidikan dan seni. Anda akan membantu ahli keluarga dan kawan-kawan yang menghadapi masalah tanpa berfikir panjang. Anda perlu berhati-hati dengan orang sekeliling anda kerana mereka mungkin akan mempergunakan anda. Kawan-kawan anda akan menghabiskan masa dan wang ringgit anda dan selepas itu menjauhkan diri daripada anda apabila anda sudah tiada nilai buat mereka lagi. Walau bagaimanapun anda tetap seorang yang sabar dan tegas. Pasangan ideal anda adalah NO. 1, 8...

NO. 5:
Anda sangat popular dalam komuniti. Anda boleh menyelesaikan sesuatu perkara hanya secara lisan. Anda mempunyai akal fikiran dalam menjalankan perniagaan. Namun, anda terlalu terburu-buru. Anda adalah seorang yang humor dikalangan kawan-kawan dan ahli keluarga anda juga akan meminta bantuan daripada anda apabila mereka memerlukannya. Anda bukan seorang yang setia dalam hubungan percintaan. Anda suka perubahan dan kebebasan. Anda mempunyai cita-cita seorang pengembara dan ahli silap mata. Anda mempelajari hidup melalui pengalaman. Pasangan ideal anda adalah NO. 1, 2, 9...

NO. 6:
Anda dilahirkan untuk menikmati hidup ini. Anda tidak pedulikan apa-apa perkara dan hanya ingin berseronok dalam hidup anda sahaja. Anda sangat pandai dalam pelajaran dan pengurusan perniagaan. Anda seorang genius, baik hati (tetapi hanya orang yang beranggapan anda orang baik), mempunyai paras rupa yang cantik atau kacak. Semua sebab yang baik akan datang kepada anda. Anda mengambil berat ke atas ahli keluarga dan kawan-kawan anda. Pada pandangan mereka, anda adalah seorang yang murah hati, peramah, adil dan saksama dan mempunyai penilaian yang tajam. Pasangan ideal anda adalah NO. 1, 3, 9...

NO. 7:
Anda mempunyai daya tarikan kepada sesiapa sahaja. Anda adalah seorang yang realistik, yakin, gembira dan merupakan seorang yang genius dalam bidang pendidikan, muzik, seni dan nyanyian. Anda mempunyai masalah sikap panas baran. Namun demikian, anda banyak melakukan pengorbanan untuk keluarga. Anda meletakkan keluarga di tempat yang amat tinggi sekali sehingga kadang-kadang mengabaikan kebahagiaan sendiri. Anda telah dilahirkan untuk memberi sumbangan kepada dunia ini. Jadi anda seorang yang bagus dan seorang yang amat gembira. Pasangan ideal anda adalah NO. 2...

NO. 8:
Anda mempunyai personaliti yang sangat kuat, jadi tiada orang yang memahami anda. Kepakaran anda hanyalah menunding jari pada sesuatu benda. Anda juga mengalami pelbagai dugaan dalam hidup. Semua masalah ini telah menjadikan anda seorang yang lebih kuat dan tabah. Anda memperjuangkan keadilan. Kebanyakan masa anda telah dihabiskan bersama-sama dengan kawan-kawan. Anda seorang yang disiplin dalam hidup, tidak berputus asa dan berani. Faktor-faktor ini telah membawa anda ke puncak kejayaan. Anda juga adalah seorang ahli pasukan, keluarga dan pejuang yang sangat bagus. Pasangan ideal anda adalah NO. 1, 4...

NO. 9:
Anda adalah seorang yang sangat tabah dari segi fizikal dan mental. Anda mempunyai penilaian yang sangat tajam. Anda juga adalah seorang yang sangat dihormati dalam komuniti. Anda adalah seorang yang boleh menerima cabaran dan berjaya dalam apa jua yang anda lakukan. Pada usia yang muda, anda selalu bertentangan pendapat dengan ibu bapa anda. Tetapi apabila usia anda telah semakin meningkat, anda adalah seorang anak yang taat dan hormati mereka. Anda sesuai menceburi bidang kejuruteraan atau perbankan kerana orang lain percaya dan yakin akan anda. Anda merupakan model teladan kepada orang lain. Pasang ideal anda adalah NO. 3, 5, 6...

Bagaimana pula anda? Anda No. berapa? Siapa pula pasangan ideal anda?

sarang hae
 

Copyright by © 2019 IlaBellaNabilah for NSartdesignstudio